sebutan baku | sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebutan | 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engku | 1. sebutan kpd orang yg berketurunan raja: ~ puan; 2. sebutan kpd orang yg dihormati (guru dll): “Yang mana ~ Datuk?”, tanya Sultan Baginda; 3. Mn pak cik, paman, mamak; 4. Mn sebutan kpd datuk; berengku menggunakan perkataan engku (apabila bercakap-cakap): masyarakat pun sudah berpatik, ~ kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenggok | (lénggok) 1. pergerakan tubuh badan (ketika berjalan, menari, dll), gelengan kepala sewaktu menari: dlm setiap tarian, ~ gontai mempunyai maksud dan makna seni yg tersendiri; 2. ki cara, gaya: banyak perkataan berbeza dr segi sebutan mengikut ~ sebutan sesuatu kaum; ~-lenggang = lenggang-~ = lenggok-lenggok berliuk-liuk ke kiri ke kanan (bkn pergerakan orang menari, berjalan, dll): ~-lenggang bagai cupak hanyut; berlenggok, berlenggok-lenggok, melenggok, melenggok-lenggok, terlenggok, terlenggok-lenggok bergoyang-goyang atau meliuk-liuk (badan, kepala, dll): sambil bersiul-siul kecil dia melenggok keluar dr kamar itu; kepalanya melenggok-lenggok ke kiri ke kanan; melenggok-lenggokkan menjadikan melenggok, menggoyang-goyangkan badan (kepala dll): penari itu berjalan sambil ~ badannya mengikut irama muzik yg mengiringi tariannya; maka oleh karangan itu ditarahnyalah kepala kanak-kanak itu, maka budak itu pun menangis kepalanya dilenggok-lenggokkannya; lenggokan lenggok: ~ badannya memikat hati para penonton. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebutan | 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. | Kamus Pelajar |
sebutan | 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. | Kamus Pelajar |
sebutan | 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut-sebut atau dipercakapkan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. | Kamus Pelajar |
sebut-sebutan | yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siti I | 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anakanak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat saudaraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebakuan | keadaan atau sifat baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): ~ bahasa dan sebutan menjadi kriteria utama dlm menentukan pemenang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |