Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ca.ra] | سچارا

Definisi : 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secara

Puisi
 

Tengah mengatih bertenun jangan,
     Kalau bertenun secara kembang;
Kalau berkasih bersenyum jangan,
     Kalau bersenyum ketawa dek orang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memanjat dedap.

Bermaksud :

Melakukan perbuatan secara nekad.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rawaktidak tentu atau tidak tetap; rambang: secara ~ secara tidak menentu atau secara tidak teratur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rawaktidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang; menembak ~ menembak rambang (untung-untungan); secara ~ secara rambang (sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sem­barangan; ~ rambang merambang, mengawur; merawak merambang, mengawur (menabur), kena tak kena; kerawakan keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel.Kamus Dewan Edisi Keempat
borongsecara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
secara rawaksecara tidak menentu atau secara tidak teratur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuntas1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menye­luruh, sempurna, komprehensif: saya saran­kan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyele­sai­kan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil-kecilandgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
secara rawaksecara rambang (sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sem­barangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sembunyi-sembunyidgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
lambaklonggokan atau timbunan barang-barang yg tidak teratur: jual ~ jualan yg dibuat secara lambak (boleh dibeli satu-satu atau secara borong); pasar ~ pasar yg barang-barang dagangannya dilonggokkan (tetapi boleh dibeli secara runcit atau secara borong). berlambak 1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak. melambakkan melonggokkan (barang-barang dgn tidak teratur): Ia ~ kain-kain kotor di lantai. lambakan 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
secara tuntassecara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas