sedang II | 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 berpatutan atau berpadanan; cukup; padan: Baju ini ~ utk saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedang II | 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil (miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, luma-yan, pada: baju ini ~ utk saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan: kepintaran-nya ~ saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintang II | 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2. sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat; merintang, merintang-rintang berbuat sesuatu utk menyenangkan hati (menghilangkan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang; ~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang) fikiran menghilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu; perintang, perintang-rintang sesuatu yg dilakukan bagi merintang-rintang (hati, fikiran, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedang II | 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. | Kamus Pelajar |
alang II | 1 tidak terlalu besar (tua) dan tidak pula terlalu kecil (muda); sedang; tengah-tengah: keris ~ keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. ~ kepalang ada tetapi tidak mencukupi. alang-alang, alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
comel (comél) II | 1. perkataan yg diucapkan dgn tidak tentu biji butirnya (spt perkataan orang berleter, menggerutu, dsb); 2. = pencomel suka merungut (mengomel, berleter), pengomel, peleter; mencomel mengucapkan perkataan yg tidak tentu biji butirnya (spt orang yg sedang berleter, menggerutu, dsb), merungut, mengomel; mencomeli, merunguti, mengomeli, meleteri; comelan sungutan, leteran, omelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung II | 1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah pertengahan bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertanggungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggungjawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasang II | 1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oyak II | Jw; mengoyak 1. berlari utk mendapatkan sesuatu atau seseorang yg sedang bergerak, mis kucing menangkap tikus, polis menangkap pencuri dsb; 2. berusaha dgn bersungguh-sungguh utk mendapatkan sesuatu atau memenuhi tujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alang II | 1. tidak terlalu besar (tua) dan tidak pula terlalu kecil (muda); sedang; tengah-tengah: keris ~ keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2. sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. ~ kepalang ada tetapi tidak mencukupi. alang-alang, alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: Drpd bekerja ~, lebih baik tidak bekerja sama sekali. ~ mandi, biar basah. | Kamus Pelajar |