sedap hati | senang, tenteram; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhati walang | tidak sedap hati; khuatir; bimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ralat II | kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ralat II | kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll). | Kamus Pelajar |
ralat II | bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khuatir | Ar agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbang | berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbang | 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bimbang | 1. berasa tidak tetap hati atau berasa ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2. berasa gelisah atau berasa tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; berasa takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. | Kamus Pelajar |
sedap I | 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah ditimbangkan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, menyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) makanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |