sedari | mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedari | sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedari | mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar |
se II | 1. awalan yg bermaksud sama (serupa): ~-begitu; ~kuat; ~pandai; ~tinggi; 2. awalan yg bermaksud seluruh (segenap): ~lama; ~panjang; ~kitar; 3. awalan yg bermaksud sedari (dari): ~mula; 4. awalan yg bermaksud lepas, sudah, telah: ~habis; ~sudah; 5. awalan yg bermaksud hingga (sampai): ~cukup; ~hingga; ~lanjut; ~takat; 6. awalan yg bermaksud dengan: ~benarnya; ~ patutnya; ~sungguhnya; ~wajarnya; 7. awalan yg ber-maksud berapa mungkin: ~boleh-bolehnya; ~dapat-dapatnya; 8. awalan yg bermaksud kian (bertambah): ~makin; 9. awalan yg bermaksud kalau (bila): ~andainya; ~kira-nya; 10. awalan yg bermaksud yang: ~lain; ~nya adapun: ~nya baik dan jahat itu drpd engkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari | 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dari | 1. kata sendi yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2. kata sendi yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar |
dari | 1. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |