Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sedih II1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, men­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih).Kamus Dewan Edisi Keempat
kasih II; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (se­seorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
ratus IIark; meratus 1. berkicau (burung); 2. ber­­kata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh.Kamus Dewan Edisi Keempat
rahap II; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
rusuh II= ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (ke­gelisahan).Kamus Dewan Edisi Keempat
kontang II; ~-kanting dlm keadaan terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang). terkontang-kanting 1 terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang): Barang-barang mainan yg tergantung di atas kereta sorong itu ~ apabila kereta sorong itu ditolak. 2 terbiar seorang diri utk menjalani kehidupan tanpa dipedulikan: Dia begitu sedih memikirkan dirinya yg ~ menjalani kehidupan hari tuanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peri IIsl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengata­kan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, tercerita­kan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas