Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cicirtumpah atau jatuh sedikit-sedikit (ttg barang yg kecil-kecil atau berbiji-biji). berciciran tertumpah sedikit-sedikit dan bertaburan: Yg dikejar tak dpt, yg dikendong ~. mencicirkan menjatuhkan sedikit-sedikit; menyebabkan cicir. tercicir 1 tertumpah bertaburan atau tertumpah sedikit-sedikit. 2 jatuh atau hilang di tengah jalan. 3 tertinggal di belakang (dlm pelajaran, perlumba­an dll). keciciran 1 keadaan atau hal tercicir: masalah ~ dlm pelajaran. 2 kehilangan sesuatu kerana tercicir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengutismencubit (kuih dll) sedikit­-sedikit, mengopek sedikit-sedikit dgn kuku (kuping kudis dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kutis; mengutis mencubit (kuih dll) sedikit­-sedikit, mengopek sedikit-sedikit dgn kuku (kuping kudis dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
runcit1 bermacam-macam; berjenis-jenis; berbagai-bagai: Dia berniaga barang-barang ~. 2 sedikit-sedikit; kecil-kecilan: jualan ~ jualan secara sedikit-sedikit. beruncit, beruncit-runcit melakukan sesuatu sedikit demi sedikit; beransur-ansur: Mereka menjual barang itu secara ~ kpd pekedai-pekedai. peruncit peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ecer/écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pancit I; memancit memancut (memancur) sedikit-sedikit; memancitkan memancutkan cecair (air, mi­nyak dsb) sedikit-sedikit, menyebabkan me­mancit: pemancit ini berupa muncung utk ~ petrol ke dlm alur masuk. pancitan hasil memancit atau memancitkan: mikrokomputer yg mengawal ~ petrol; pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan; pemancit alat utk memancitkan (minyak dsb): ~ yg dikawal secara elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yg harus digunakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerunasKd kopek (cubit dll) sedikit-sedikit (spt orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis); mengerunas mengopek sedikit-sedikit: Midun asyik ~ sesuatu dgn jarinya yg tidak berkuku di meja itu tanpa mempedulikan cakapku.Kamus Dewan Edisi Keempat
tekutidak lekas putus asa, rajin, tekun; sedikit-sedikit ~, lama-lama menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketenganeceran, runcit-runcit atau sedikitsedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit.Kamus Dewan Edisi Keempat
renyai; hujan ~ (renyai-renyai) hujan rintik-rintik, rebas, gerimis; berenyaian keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik; merenyai menjadi sedikit (kurang): hujan yg mulanya lebat sudah ~; merenyai-renyai; sakit ~ berasa sakit sedikit-sedikit.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas