Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gi] | سݢي

Definisi : 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gi] | سݢي

Definisi : 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
heksagon(héksagon) (Mat) poligon yg mem­punyai enam segi, segi enam.Kamus Dewan Edisi Keempat
astakona1 segi atau sudut lapan. 2 segi banyak. berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
astakonasl 1. segi lapan, sudut lapan; 2. segi banyak; berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
astakona1. segi atau sudut lapan. 2.segi banyak. berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.Kamus Pelajar
segi tiga(Mat) rajah yg mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut; ~ cakah segi tiga yg satu drpd sudutnya sudut cakah (melebihi 90° bukanya); ~ dua sama segi tiga yg dua sempadannya sama panjang; ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang; ~ sebentuk (beberapa) segi tiga yg sama bentuk dan buka sudutnya tetapi tidak sama sempadannya; ~ serba sama (beberapa) segi tiga yg sama besar sempadan dan sudut-nya; ~ tak sama segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat (90°); ~ tirus segi tiga yg semua sudutnya sudut tirus (kurang drpd 90°).Kamus Dewan Edisi Keempat
skarfkain berbentuk segi empat, segi tiga, atau panjang yg dipakai di kepala (sbg tudung) atau pd leher atau bahu sbg perhiasan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
segi tigarajah yg mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yg berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yg salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yg setiap sudutnya ber­nilai kurang drpd 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yg mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yg sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat, iaitu yg bernilai 90o.Kamus Pelajar Edisi Kedua
segi empatrajah yg mempunyai empat sempadan. ~ bujur segi empat yg mem­punyai sempadan bersebelahan yg tidak sama dan bersudut tepat. ~ sama segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. ~ selari segi empat yg mempunyai sempadan bertentangan yg selari. ~ tepat segi empat yg mempunyai empat sudut tepat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sisi 3 garis yg menyempadani sesuatu rajah (spt segi tiga, segi empat dsb).Kamus Pelajar
sempadan1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas