sehaluan | satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sehaluan | searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sehaluan | satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan. | Kamus Pelajar |
berlawanan | 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesebuluan | perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
searah | sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertingkahan | tidak sekata (seimbang, sehaluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlawanan | 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sefahaman | sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sefahaman | 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |