dapur | 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbelanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat melakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau menghidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg menggunakan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa hari-hari | bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesari | bp sehari-hari, sekarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruji | makanan utama sehari-hari (spt beras). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ruji | makanan utama sehari-hari (spt beras dll). | Kamus Pelajar |
makanan ruji | makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang belanja | wang yg digunakan sehari-hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pakaian basahan | pakaian yg dipakai sehari-hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa basahan | bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nafkah | 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |