seimbang | 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seimbang | 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seimbang | 1. sama berat; tidak berat sebelah:Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2. sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. | Kamus Pelajar |
baloi | Kd 1. seimbang, sepadan: upah itu tidak ~ dgn kerjanya; 2. balasan (yg setimpal), bela: menuntut ~ atas kezaliman orang; air ~ air yg tidak mengalir;berbaloi berpadanan, seimbang: gadis itu tidak ~ dengannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbang I | timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjang | (sénjang) Mn 1. tidak sama yg di kiri dgn yg di kanan (sulaman, ukiran, dll), tidak seimbang, genjang; 2. berlainan sekali, ber-beza; kesenjangan keadaan senjang, ketidakse-imbangan, kelainan, perbezaan; persenjangan perihal tidak seimbang (serupa), perbezaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanding I | = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm keberanian; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (toloknya, imbangannya, taranya, dll): kekejaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengimbangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tandingan (lawan, imbangan); 2. meletakkan berdekatan (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh perbezaannya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertanding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbal | ; bertimbal kedua-dua belah pihak sama (darjatnya, tarafnya dll); berimbang; berpadanan. menimbal menjadikan seimbang (sama banyak, sama berat dll); menyeimbangkan. timbalan penolong kpd; naib: ~ Perdana Menteri; ~ Yg Dipertua. penimbal 1 sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. 2 ist peranti yg digunakan utk menyimpan data secara sementara sebelum dipindahkan ke peranti lain. setimbal sama berat, sama besar, sama kuat dll; seimbang; sepadan: Gaji yg diterimanya ~ dgn kelulusannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pincang I | 1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banding | 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |