imbang I | timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baloi | Kd 1. seimbang, sepadan: upah itu tidak ~ dgn kerjanya; 2. balasan (yg setimpal), bela: menuntut ~ atas kezaliman orang; air ~ air yg tidak mengalir;berbaloi berpadanan, seimbang: gadis itu tidak ~ dengannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbang | ; berimbang berada dlm keadaan yg sama berat (sama banyak dll); bertimbal; berbanding: Parasnya yg ayu ~ dgn tingkah lakunya yg sopan. mengimbangi menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd: Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. mengimbangkan menjadikan berimbang (bertimbal, berbanding dll): Hasan terpaksa berhemat utk ~ perbelanjaannya dgn gajinya yg kecil. imbangan 1 keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2 sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3 perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. ~ duga sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. perimbangan keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. pengimbangan perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan. pengimbang alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. seimbang 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. menyeimbangkan menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. keseimbangan keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seimbang | 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seimbang | 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setimpal | 1. setimpal (seimbang, se-padan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongok | 1. tidak seimbang (bkn bentuk badan), gemuk pendek; 2. tolol, bodoh, tongong, dungu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timpal | setimpal 1. setimpal (seimbang, sepadan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak; menimpali 1. membuat supaya menjadi se-timpal, mengimbangi, menimbangi; 2. membalas (perbuatan baik atau jahat);timpalan imbangan, banding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seimbang | 1. sama berat; tidak berat sebelah:Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2. sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. | Kamus Pelajar |
tanding I | = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm keberanian; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (toloknya, imbangannya, taranya, dll): kekejaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengimbangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tandingan (lawan, imbangan); 2. meletakkan berdekatan (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh perbezaannya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertanding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |