azali | Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya; keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azali | sejak dahulu kala; sejak permulaan zaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azali | sejak dahulu kala; sejak permulaan zaman. | Kamus Pelajar |
sedia | 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. | Kamus Pelajar |
sejak | bermula dr: Dia tinggal bersama neneknya ~ kecil lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejak | bermula dr, mulai, dari: dia hampir bingung ~ dua tiga hari yg lalu; ® semenjak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejak | bermula dr: Dia tinggal bersama neneknya ~ kecil lagi. | Kamus Pelajar |
semenjak | mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedia | 1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang selalu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 bersiap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. kesediaan hal atau keadaan sedia; kesanggupan: ~ tuan utk membantu sangatlah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
derita I | kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang mengalami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, penanggungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |