Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Tanam keduduk di tepi rimba,
     Pukul pahat dalam padi;
Sungguhnya duduk bertindih riba,
     Jalan jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sekali jalan terkena,
     dua kali jalan tahu,
tiga kali jalan jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sesat baratsalah sekali (jalan yg diikuti);Kamus Dewan Edisi Keempat
pemprosesan kelompok(batch processing)1. Kaedah memproses sejumlah maklumat atau tugasan yang tidak berkaitan dengan mengumpulkan maklumat tersebut terlebih dahulu supaya dapat dikerjakan sekali jalan mengikut giliran. 2. Kaedah memproses beberapa atur cara atau suruhan yang tidak berkaitan dengan menyusunnya dalam satu baris gilir dan kemudiannya memuatkannya ke dalam sistem untuk diproses mengikut giliran. Kaedah ini mengelakkan pengguna yang berbilang daripada mencapai suatu sistem kongsi masa, menjimatkan masa penggunaan dan membolehkan pemproses menjalankan satu tugas sahaja pada satu ketika.Kamus Komputer
sekalian1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelompok(batch)1. Kumpulan rekod, dokumen, atau maklumat yang berlainan yang dianggap membentuk satu unit. 2. Kumpulan atur cara, suruhan, atau tugasan yang dimuatkan serentak dalam baris gilir untuk tujuan pemprosesan sekali jalan oleh komputer. Tugasan dilayan mengikut gilirannya dlam baris gilir berdasarkan penentuan tertentu.Kamus Komputer
sesat1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), me­nyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, ter­langkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benar­benar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki keke­liruan (bkn fahaman, pegangan, dll), ke­silapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan ke­sesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintas; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintas; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rintis, = rintisan jalan kecil yg baru dibuat dlm hutan. merintis 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. rintisan 1 jalan kecil yg baru dibuka dlm hutan; rintis. 2 usaha yg mula-mula sekali. perintis, = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkena1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu;Kamus Dewan Edisi Keempat
rintis= rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat); merintis 1. menerangi hutan (dgn me­ne­bangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan me­nebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. me­man-cang tanah yg akan dibuat jalan: pe­kerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama me­ngerjakan sesuatu, membuka jalan, mem­pelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh peng­hapusan faham feuadal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula); perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg di­lakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka jaKamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas