sekat | alat yg digunakan utk membahagi-bahagikan sesuatu ruang dll: Di dlm bilik yg sempit itu, dipasang pula ~ drpd kadbod. bersekat 1 ada sekatnya; memakai sekat: ruang yg tidak ~. 2 ki berbatas; terhad: Kuasa diktator tidak ~. menyekat 1 membahagi-bahagikan sesuatu ruang dgn sekat; memisahkan dgn sekat; mengadang: Mereka telah ~ tempat kaum wanita dr tempat kaum lelaki dgn tabir. 2 menahan supaya tidak merebak atau tidak melimpah; menahan supaya tidak dpt maju; menghalang: Tentera kita telah berjaya ~ kemaraan tentera musuh. sekatan 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang sesuatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekat I | 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg mem-bahagi-bahagikan ruangan: di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan, galangan, rintangan; bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had atau batasnya (kuasa dll); bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dll); menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan) dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak merebak atau melimpah (penyakit, air, dll), membatasi, membendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat drpd melarat; pasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu drpd bermaha-rajalela; 3. membatasi (menyekap, mengasing-kan) diri; tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pan-dangannya ~ oleh daun-daun pisang yg menghijau; tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; sekatan 1. benda (dinding dll) yg membahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hendaklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; penyekatan perbuatan menyekat; penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merintangi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekatan | 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang sesuatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekatan | 1. benda (dinding dll) yg membahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hendaklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendala | 1 paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kekangan. 2 sesuatu yg mengekang (menghalang dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekatan | 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. | Kamus Pelajar |
hambatan | 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendala | 1. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll); kekangan. 2. sesuatu yg mengekang. | Kamus Pelajar |
rintang I | ; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu; merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi beting-beting; ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll): beberapa faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3. mengacau, mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi; merintangkan meletakkan merintang, merintangi sesuatu dgn: polis ~ sekatan-sekatan di jalan; terintang terhalang, terganggu; rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; perintang 1. sesuatu yg digunakan utk merintangi; 2. orang yg merintangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekangan | 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |