sekepal | sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekepal | sebanyak yg dpt dikepal; segenggam:~ nasi. | Kamus Pelajar |
seketul | segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melautkan | ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggunungkan | ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketul I | gumpal, kepal (nasi, tanah, dll), kerat (tulang, kayu, dll); seketul segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll); berketul-ketul bergumpal-gumpal, berkepal-kepal; ketulan gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan: Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya.2 benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1 benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam: ~ tanah. 2 genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepal | 1. penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan:Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya. 2. benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1. benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam; ~ tanah. 2. genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. | Kamus Pelajar |
laut I | 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gunung | bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, memuncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |