seksual | /séksual/ bkn seks; bkn persetubuhan antara lelaki dgn perempuan: hubungan ~. keseksualan 1 ciri atau peranan seks. 2 dorongan seksual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seksual | (séksual) 1. bkn seks; 2. bkn perse-tubuhan antara lelaki dgn perempuan; keseksualan 1. ciri (sifat) atau peranan seks; 2. dorongan seks. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gangguan seksual | perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gangguan seksual | perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gay | lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedwiseksualan | perihal (keadaan dsb) dwiseksual, kedwijantinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesbian | (lésbian) perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keseksualan | 1 ciri atau peranan seks. 2 dorongan seksual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dwiseksual | (dwiséksual) 1. mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pd organisma (tumbuhan dan haiwan) yg sama, mis cacing, jagung dan tumbuhan berbunga, biseks; 2. cenderung utk melakukan hubungan seks dgn lelaki dan juga wanita (bkn orang), biseksual; kedwiseksualan perihal (keadaan dsb) dwiseksual, kedwijantinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila seks | kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; | Kamus Dewan Edisi Keempat |