sela-menyela | saling menyela (mencelah), berselang-seli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselang-seli | 1. berganti-ganti, celah-mencelah, sela-menyela: soljar India dan British yg ~ di atas kereta kebal melambai-lambaikan tangan sambil gelak ketawa; 2. tidak ada antaranya, terus-menerus: dgn seketika itu juga ~ suara paluan gendang dan irama serunai memenuhi suasana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang-seli | ; berselang-seli 1. berganti-ganti, celah-mencelah, sela-menyela: soljar India dan British yg ~ di atas kereta kebal melambai-lambaikan tangan sambil gelak ketawa; 2. tidak ada antaranya, terus-menerus: dgn seketika itu juga ~ suara paluan gendang dan irama serunai memenuhi suasana; menyelang-nyeli,menyelang-nyelikan, menyelang-nyelingi menjadikan (mengaturkan, mendudukkan, membuat, dll) berselang-seli: kicau murai riuh-rendah di atas pohon kerian, diselang-seling oleh bunyi burung kelicap yg berdecit-decit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sela | 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sela, = sela-sela | menyela | Kamus Pelajar |
sela | 1 = sela-sela tempat atau ruang yg terletak di antara dua benda; celah: Dia mengintai dr ~ dinding. 2 apa-apa yg terletak di antara dua benda: Nanas dpt digunakan sbg tanaman ~. menyela 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menambah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. menyelakan meletakkan sesuatu di antara dua benda; menyelitkan; menyisipkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |