Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baki drpd sesuatu; lebihnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selebihnya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selebihnyabaki drpd sesuatu; lebihnyaKamus Pelajar Edisi Kedua
selebihnyabaki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnyaKamus Pelajar Edisi Kedua
selebihselebihnya baki drpd sesuatu; lebihnyaKamus Pelajar
ekor senarai(list tail)1. Sel atau unsur terakhir dalam struktur senarai. 2. Butiran atau bahagian selebihnya dalam senarai selepas bahagian kepala. Bandingkan kepala senarai.Kamus Komputer
pencetak dwiarah(bidirectional printer)Pencetak hentaman yang mencetak satu baris ketika kepala pencetak bergerak ke kanan dan kemudian mencetak bahagian baris yang selebihnya apabila kepala pencetak bergerak ke kiri untuk undur ke tempat permulaan.Kamus Komputer
rutin1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. su­­dah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, meng­gosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebih1. melampaui had yg sepatutnya, ber­tambah (dr dahulu): harga gula sekarang ~ mahal drpd harganya tiga tahun dahulu; kedudukannya sekarang ~ terjamin; ~ baik duduk diam drpd berkata yg sia-sia; 2. baki, sisa: tiga dibahagi dgn dua, ~ satu; 3. bertambah sedikit (drpd angka yg dinyata­kan): ia bekerja di pejabat itu lima tahun ~; 4. semakin, kian bertambah: makin lama menjadi ~ berani ia; ~ jauh selanjutnya, seterusnya; ~ kurang kira-­kira, agak-agak; ~ masa yg dilakukan (ber­kaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg telah ditetapkan; ~ umur melewati umur (yg dikehendaki), tua; ~ lagi = lebih-lebih; selebihnya baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya; lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegem­biraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; selebih-lebihnya paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; lebih-lebihnya paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk men­jelaskannya di negara luar; berlebih 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll); berlebih-lebih 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian yg dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya: kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn cara yg ~; berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan; berlebih-lebihan 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat­-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; melebih, melebih-lebih berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat; melebihi 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatut­nya tetapi hendaklah pertengahan jua; melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan terlalu banyak; melebihkan 1. menjadikan lebih, mem­banyakkan: pengetahuan itu boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~ agama drpd adat; melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih drpd yg sebenarnya: kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan drpd keadaan yg sebenarnya; terlebih 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertama­tama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; kelebihan 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; berkelebihan 1. berlebih, bersisa; 2. terlalu banyak (lebihnya, sisanya, dll); 3. mempunyai kelebihan (keistimewaan).Kamus Dewan Edisi Keempat
lebih1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebih1. melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2. sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3. bertambah; kian bertambah; semakin:Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4. (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, =~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1. ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2. banyak sangat:Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1. berlebih banyak:Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya:Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat (banyak dll); sangat banyak:Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1. menjadikan lebih; membanyakkan:Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2. menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1. paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll):Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2. terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yang sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1. sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2. (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya.Kamus Pelajar

Kembali ke atas