selempang | (selémpang) sesuatu yg diselendangkan dr bahu menyilang dada (sbg tanda pangkat dll): kain cindai berambu kuning, ~ kain Bugis Kembayat; berselempang memakai selempang; berselempangkan memakai sesuatu sbg selempang: petang itu dia berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu; menyelempangkan mengenakan sesuatu dr bahu menyilang dada, mengenakan selempang: memakai baju Melayu dan seluar warna hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya; terselempang tersandang di bahu dan menyilang dada: senapang yg ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selempang | /selémpang/ sesuatu yg diselendangkan menyilang dr bahu hingga ke pinggang sbg tanda pangkat dll. menyelempangkan memakai sesuatu menyilang dr bahu hingga ke pinggang; mengenakan selempang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selempang /selémpang/ | menyelempangkan memakai sesuatu menyilang dr bahu hingga ke pinggang; mengenakan selempang. | Kamus Pelajar |
selempang /selémpang/ | sesuatu yg diselendangkan menyilang dr bahu hingga ke pinggang sbg tanda pangkat dll. | Kamus Pelajar |
selempang II | ark; terselempang jatuh terkangkang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selempang I | Jk khuatir, cemas, bimbang, gelisah; menyelempangkan mengkhuatirkan, mem-bimbangkan, mencemaskan, menggelisahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selepang | /selépang/ selempang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selepang | (selépang) selempang: ~ itu dipakai dgn pakaian kebangsaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselempang | memakai selempang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selepang /selépang/ | selempang. | Kamus Pelajar |