selenggara | ; menyelenggara membuat kerja-kerja serta mengurus supaya berjalan lancar (bkn sesuatu usaha dsb): Kerja-kerja ~ akan dimulakan segera. menyelenggarakan mengerjakan serta mengurus sesuatu: Sebuah jawatankuasa telah dibentuk utk ~ pameran itu. terselenggara dpt atau sudah diselenggarakan; terurus. penyelenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyelenggara atau menyelenggarakan sesuatu: ~ seminar tsb telah berjalan dgn lancar. penyelenggara orang atau badan yg menyelenggarakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selenggara | ; menyelenggarakan 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam; selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, menge-lolakan, dll); penyelenggaraan 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor; penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selenggara; menyelenggarakan | penyelenggara orang atau badan yg menyelenggarakan sesuatu. | Kamus Pelajar |
selenggara; menyelenggarakan | penyelenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyelenggarakan sesuatu: ~ seminar tsb telah berjalan dgn lancar. | Kamus Pelajar |
selenggara; menyelenggarakan | terselenggara dpt atau sudah diselenggarakan; terurus. | Kamus Pelajar |
selenggara; menyelenggarakan | mengerjakan serta mengurus sesuatu: Sebuah jawatankuasa telah dibentuk utk ~ pameran itu. | Kamus Pelajar |
penyenggaraan | perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senggara | ; menyenggarakan mengurus, me-ngendalikan, menyelenggarakan; penyenggaraan perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petaruhan | wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~;; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melenggarakan | menjaga atau memelihara sesuatu (negeri dll), menyelenggarakan: tinggallah tuan ~ negeri ini, kerana hamba hendak pergi dgn Yang Dipertuan; ®selenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |