selepas-lepas | sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
versi(version) | Nombor siri perisian sesuatu model perkakasan komputer, yang biasanya meningkat dengan setiap keluaran atau pembaikan baru. Nombor penuh menyatakan keluaran yang mempunyai perubahan utama berbanding dengan yang lepas-lepas, manakala nombor selepas titik perpuluhan menyatakan pembetulan atau tambahan kecil. Misalnya, DOS 5.0, DOS 6.0, DOS 6.2. | Kamus Komputer |
lepas | 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; ki bebas (drpd sesuatu yg menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd menghadapi pancaroba kehidupan; tertinggal di belakang (tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5. (se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zuhur, boleh kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat; 6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah; ~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb): kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak segan-segan lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah dikhatankan (anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan; ~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa setelah selesai berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu); selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut paut lagi; 2. pergi, berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satusatu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~ tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut; 4. bp buang air besar; melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing; memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi; memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan: perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara; terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; perlepasan perihal berlepas; pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm perlumbaan (berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk melepaskan sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~ wang orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman, menyimpan di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan kpd orang-orang yg hendak berjalan atau belayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas ijazah | selepas memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb): kursus ~ ijazah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas ungu | pancaran cahaya yg tidak nampak dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalu | 1 berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang. 3 kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci, ~ dijemur. 4 berdaya; larat; sanggup: Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5 langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulis-lepas-baca(write-after-read) | Kaedah rakaman yang dapat mengekalkan kandungan data peranti simpanan ingatan dengan menulis semula data yang dibaca selepas kitar baca yang menghancurkan data. | Kamus Komputer |
lepas | 1 bebas drpd ikatan atau dr tahanan; tidak bersangkut paut atau tidak bertalian lagi: Bagaimanapun ia meronta, tidak juga ~. 2 sudah terjadi atau sudah berlaku: Bahaya yg besar sudah ~. 3 sesudah selesai; sehabis: ~ menggosok gigi dan mandi, barulah dia minum. ~ diri tidak mahu melibatkan diri atau tidak mahu bertanggungjawab dlm sesuatu hal. ~ laku bebas melakukan sesuatu (biasanya tingkah laku yg tidak baik) tanpa segan-segan. ~ pantang sesudah waktu berpantang. ~ sekolah sesudah bersekolah. ~ tangan a. tidak berpegang pd apa-apa (pd kemudi, pd selusur dsb). b. tidak masuk campur atau tidak bertanggungjawab dlm sesuatu hal. berlepas 1 tidak terikat atau tidak tertambat lagi (bkn binatang). 2 pergi atau berangkat ke sesuatu tempat: Emaknya sudah ~ ke Mekah dgn kapal terbang. melepas kecewa kerana tidak tercapai apa-apa yg dicita-citakan; hampa. melepasi 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. melepaskan 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. ~ dendam membalas dendam. ~ diri membebaskan diri. ~ jiwa (nyawa) menyelamatkan diri drpd bahaya maut. ~ lelah merehatkan diri. ~ tumbukan menumbuk; meninju. terlepas telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. lepasan orang yg telah tamat dr sesuatu pusat pengajian (universiti, maktab dll): Tujuan latihan itu adalah utk menyediakan belia ~ sekolah dgn berbagai-bagai kemahiran. kelepasan 1 keadaan lepas (bebas); kebebasan. 2 waktu rehat atau hari cuti: Hari Ahad ialah hari ~ am. perlepasan hal berlepas. pelepasan 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. pelepas 1 orang yg melepaskan peserta-peserta dlm perlumbaan. 2 alat yg digunakan utk melepaskan sesuatu: ~ picu. selepas setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lalu | 1. berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2. sudah berlaku (lepas dll):Perkara yg ~ jangan dikenang. 3. kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci ~ dijemur. 4. berdaya; larat; sanggup:Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5. langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1. berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2. lepas (bkn waktu); lewat; lampau:Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1. lalu di; mengikuti; menempuh:Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2. dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1. membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2. menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan:Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1. amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2. melampaui batas; berlebih-lebihan:Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1. keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2. teramat sangat:Perbuatannya itu sudah ~. | Kamus Pelajar |
wirid | Ar 1. petikan drpd Quran yg ditentukan utk dibaca (dipelajari dll); 2. zikir yg dibaca selepas sembahyang; berwirid membaca wirid, berzikir: lepas sembahyang, mereka ~ membilang tasbih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |