selusur II | ; menyelusur turun dgn menggelongsor; meluncur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selusur I | tempat berpegang spt pagar yg dipasang pd tepi titian (jambatan, tangga dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selusur II | tempat berpegang atau pengadang pd titi (jambatan dll), langkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selusur I | ; menyelusur menggelongsor (meluncur, melorot) turun, menggelincir; menyelusurkan meluncurkan, melorotkan; terselusur tergelincir, tergelongsor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selusur II; menyelusur | turun dgn menggelongsor; meluncur. | Kamus Pelajar |
selusur I | tempat berpegang spt pagar yg dipasang pd tepi titian (jambatan, tangga dll). | Kamus Pelajar |
lepar | 1. selusur (tangga dll); 2. penahan, penopang; ~ kajang tulang bumbung bagi atap kajang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birai | 1. selusur (pagar pd titi dll), langkan: ~ masjid; 2. tepi, bingkai: ~ kain; 3. tepi muka surat yg tidak bercetak (bertulis); ~ hias a) (S.Bina) corak atau hiasan timbul pd pertemuan antara dinding dgn siling, biasanya dibuat drpd plaster paris, kornis; b) ukiran hiasan pd tepi perabot, tingkap dsb; c) hiasan pd birai buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loneng | (lonéng) Jk 1. selusur (pd jambatan), kelek-kelek, langkan, pemegang; meloneng duduk-duduk membuang masa (di hadapan rumah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlepas tangan | a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |