bertambah kurang | semakin kurang, berkurangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surut | 3 menjadi semakin kurang (bkn kemarahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. | Kamus Pelajar |
reda | 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susut I | 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau perniagaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reda | 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. | Kamus Pelajar |
surut | 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn kemarahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 menyebabkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reda | 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; perbincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan suasana, ~ suara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosot | 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rosot | ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambah | 1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila dikembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadikan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, dijumlahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang wanita yg kasar dan garang; ~ sentara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurangan; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk membantu melainkan menambahkan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu mengarang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini bererti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dikeluarkan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya menjadikan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjukkan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (mengimbuh, menambah) pd: ~ apa yg kurang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, memperluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |