Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
juang; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): se­mangat ~ yg tinggi dapat membantu meng­atasi halangan itu; berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya; menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan run­tuh, atau kubu akan dijuang; memperjuangkan hendak memperoleh se­suatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi; perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu; seperjuangan sama-sama berjuang: ka­wan ~; pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggelora1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergelora1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
waja1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras: semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb) kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~; berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya; kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~ semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
semangat1. roh yg terdapat dlm segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu): tepuk bantal panggil ~, ~ datang dlm mimpi; ~ padi semangat yg menye-babkan padi boleh tumbuh dan berbuah dgn bernas; 2. perasaan hati, jiwa: kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman utk meme-cahbelahkan rakyat; ~ kesukanan; 3. maksud atau tujuan yg terkandung dlm sesuatu perjanjian (ucapan dll): ~ perjanjian Asean; 4. kemahuan utk melakukan sesuatu, nafsu: ~ bekerja; ~ waja kemahuan yg keras; mempertinggi ~ anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja; bersemangat 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; menyemangati memberi semangat (kpd), membangkitkan semangat (keberanian, ke-mahuan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
semangat1 roh yg terdapat pd semua makhluk dan dipercayai mempunyai kuasa tertentu: ~ padi. 2 seluruh kehidupan batin manusia; keadaan batin; perasaan hati; jiwa: Ucapannya itu telah menaikkan ~ kami supaya belajar dgn lebih tekun. 3 tujuan atau maksud yg terkandung dlm sesuatu ucapan dll: ~ Asean. ~ kebangsaan semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya. ~ waja semangat yg keras.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergejolak1 menyala dgn besar atau dgn hebat (ttg api); berkobar-kobar: Ahli-ahli bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api yg ~ itu. 2 ki berasa sangat gelisah, tidak tenang (ttg perasaan); berkobar-kobar; berapi-api; bernyala-nyala (ttg semangat): Semangat perjuangan utk negara ~ dlm jiwanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kobar; berkobar 1 bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api dll). 2 ki bergelora dgn amat sangat (bkn semangat, perasaan dll); meluap-luap; berapi-api: semangat perjuangan yg ~. mengobarkan menjadikan berkobar-kobar (bkn semangat dll); membangkitkan semangat sehingga meluap-luap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ninabobok1. nyanyian utk menidurkan anak, dodoi; 2. ki sesuatu yg melemahkan semangat (kegiatan dll); melemahkan semangat (kegiatan dll), menipu dgn sesuatu yg muluk-muluk: pergaulan saya dgn mereka telah menghidupkan semangat saya yg di­ninabobokkan selama ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelora1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas