Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sembahyang1 (dlm agama Islam) ibadat yg terdiri drpd niat, beberapa perbuatan dan bacaan yg dimulakan dgn takbiratulihram dan disudahi dgn salam; solat: ~ zuhur. 2 (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan; doa. ~ berjemaah sembahyang mengikut imam. ~ fardu (lima waktu) sembahyang yg diwajibkan dlm sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. ~ hajat sembahyang khas utk memohon sesuatu kpd Tuhan. ~ jenazah (mayat) sembahyang utk orang mati. ~ Jumaat sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah, pd hari Jumaat pd waktu zuhur. ~ raya sembahyang khas kerana memuliakan hari raya. ~ sunat segala jenis sembahyang yg tidak diwajibkan tetapi digalakkan melakukannya. ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya). ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan. ~ witir sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dilakukan antara solat Isyak hingga waktu subuh. bersembahyang me­laku­kan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan. menyembahyangkan melakukan sembahyang utk: ~ mayat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sembahyang1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg mem-bolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang, membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan, doa; ~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh) mengerja-kannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat (waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~ (hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg tidak diwajibkan me­ngerjakannya (sembah-yang tahajud dll); ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg ter-larang; bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; menyembahyangkan mengerjakan sem­bah-yang utk (ditujukan kpd): seorang akan me-robekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
asar1 waktu petang antara lepas zuhur hingga masuk matahari. 2 = sembahyang ~ sembahyang pd waktu asar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjemaah1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
isyakAr 1. = waktu ~ waktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat hingga terbit fajar; 2. = fardu ~ = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu isyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
zuhur, = waktu ~ waktu tergelincir matahari sehingga awal petang (lebih kurang antara pukul 1.15 hingga pukul 4.00 petang). sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asarAr 1. = waktu ~ waktu bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya hingga terbenam matahari; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu asar; ~ rendah petang hari semasa matahari sudah rendah (lebih kurang pukul lima petang); ~ tinggi petang hari masa matahari masih tinggi (lebih kurang pukul tiga petang).Kamus Dewan Edisi Keempat
subuh1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu subuh; ~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah subuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
imamAr 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam.Kamus Dewan Edisi Keempat
zuhurAr 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas