semesta | seluruhnya; segenap; sekaliannya: ~ alam. | Kamus Pelajar |
bahasa semesta(universal language) | Bahasa pengaturcaraan yang dianggap paling kerap digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk melaksanakan sesuatu sistem dalam bidang tertentu. | Kamus Komputer |
pengenal pasti semesta(universal identifier) | Lambang piawai bagi menyatakan atau mengenal pasti sesuatu objek. | Kamus Komputer |
penghantar-penerima tak segerak semesta(universal asynchronous transmitter-receiver) | Peranti yang berfungsi menukarkan data selari kepada data siri bagi penghantaran data tak segerak dan proses sebaliknya. Singkatan UART. | Kamus Komputer |
Tuhan | Allah yg mencipta alam semesta: ~lah yg menjadikan kita semua. | Kamus Pelajar |
e | Simbol yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan komputer aras tinggi untuk mewakili pemalar semesta atau pemalar Euler yang digunakan untuk mengira logaritma nombor. | Kamus Komputer |
atur cara tak bersandar peranti(device independent program) | Atur cara yang dikarang dengan menggunakan struktur data yang semesta supaya ia tidak bergantung pada peranti tertentu untuk dilaksanakan. | Kamus Komputer |
elemen | /élemen/ ist 1. zat yg terdiri drpd beberapa atom yg sama dan tidak dpt dipecah-pecahkan kpd bahagian yg lebih kecil dgn kaedah kimia. 2. wayar perintang aliran elektrik yg menjadi alat pemanas pd alat-alat elektrik (spt periuk elektrik, seterika elektrik dsb). 3. salah satu drpd unsur yg empat (tanah, air, api, dan angin) yg dianggap sbg bahan dasar alam semesta. 4. alat utk mendapatkan tenaga elektrik secara kimia. | Kamus Pelajar |
alam I | bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini adalah ciptaan Tuhan. Ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam. | Kamus Pelajar |