senandung | nyanyian yg dinyanyikan perlahan-lahan utk menghibur hati sendiri. bersenandung bernyanyi perlahan-lahan utk menghibur hati sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senandung buaian | lagu yg dinyanyikan perlahan-lahan utk menidurkan anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senandung | lagu atau nyanyian (yg dinyanyi-kan perlahan-lahan) utk menghiburkan hati sendiri; ~ buaian lagu yg dinyanyikan perlahan-lahan utk menidurkan anak; bersenandung bernyanyi dgn suara yg per-lahan utk menghibur hati sendiri: dlm sebuah pedati kerbau kedengaran suara seorang laki-laki ~ spt sedang menyedar untung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senandung | nyanyian yg dinyanyikan perlahan-lahan utk menghibur hati sendiri. bersenandung bernyanyi perlahan-lahan utk menghibur hati sendiri. | Kamus Pelajar |
merindu | 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rindu I | 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |