Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil; ~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~ bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~ pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya; kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti; bersenapang memakai senapang, ber­senjata-kan senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : senjata api yg mempunyai laras dan menggunakan peluru (lebih besar drpd pistol tetapi lebih kecil drpd meriam). ~ angin senapang yg pelurunya dilepaskan dgn tekanan angin. ~ buluh (bambu) a. bedil yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak. b. ki orang yg nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak. ~ kampung (kulai, patah) senapang yg pelurunya diisikan dr pangkal laras. ~ kembar (pengantin) senapang yg berlaras dua. ~ mesin (jentera) senapang yg pelurunya dpt dilepaskan banyak-banyak dgn memetik picunya sekali saja; mesingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senapang

Puisi
 

Tanam padi di hulu kampung,
     Kampung ada di tepi pantai;
Cari senapang letak di kampung,
     Jangan buah dimakan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lantak1. pukul (supaya masuk, padat, dll), pantak; emas ~ emas yg berbatang-batang; senapang ~ senapang yg ubat bedilnya diisi dr mulut; 2. membuat sesuatu dgn sesuka hati: biar ~ dia berbuat begitu; melantak 1. memukul kuat-kuat, meng­hentam, memantak: dilantak kepalanya ke dinding; 2. bk melakukan sesuatu dgn sesuka hati (cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dsb), menggasak: di belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua makanan yg terhidang; melantakkan memasukkan sesuatu dgn dipukul (dipantak dll), memantakkan; lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak; pelantak besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul, antan pelocok (bomba dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
laras II1 bulat lurus (spt batang pohon): dahan yg ~. 2 pembuluh senapang: senapang ~ dua. 3 penjodoh bilangan utk senapang; pucuk: Polis telah menjumpai empat ~ senapang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
repetirIB; senapang ~ senapang yg sekali diisi boleh digunakan utk menembak berulang kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecepek(kecépék); senapang ~ senapang lantakan (ubat bedil diisikan dr hujung laras­nya).Kamus Dewan Edisi Keempat
lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak;Kamus Dewan Edisi Keempat
berjentera1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjentera1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar;Kamus Dewan Edisi Keempat
laras II1. bulat lurus (spt batang pohon):dahan yg ~. 2. pembuluh senapang: senapang ~ dua. 3. penjodoh bilangan utk senapang; pucuk: Polis telah menjumpai empat ~ senapang.Kamus Pelajar
kembar1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cis II; senapang ~ bp senapang yg meng­gunakan patrum kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas