senarai hitam | senarai nama orang dll yg mem-punyai rekod buruk (spt telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari perjanjian, dll); menyenaraihitamkan merakamkan (memasukkan) dlm senarai hitam: JPJ akan ~ pemandu teksi yg kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yg menipu penumpang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senarai hitam | senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyenaraihitamkan | merakamkan (memasukkan) dlm senarai hitam: JPJ akan ~ pemandu teksi yg kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yg menipu penumpang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senarai | beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. ~ semak senarai yg di dlmnya terkandung barang-barang yg diperlukan, perkara yg perlu dilakukan, hal yg perlu diberi pertimbangan dsb, yg digunakan utk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai. penyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daftar | susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (disyaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah dicatatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dsb mencatatkan (merakamkan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senarai | ~ hitam senarai nama orang (pertubuhan dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg membahayakan. | Kamus Pelajar |
daftar hitam | senarai orang yg dianggap berbahaya (disyaki jahat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni bina papan hitam(blackboard architecture) | Reka bentuk sistem pakar yang menggunakan pangkalan data sejagat terpusat yang boleh dicapai oleh proses cerdas. Pangkalan data ini berfungsi sebagai ingatan kerja untuk menyimpan senarai tindakan yang boleh dipilih oleh sistem kawalan. | Kamus Komputer |