tembak | /témbak/; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara sbg amaran. hukum ~ hukum mati dgn dibedil. kena ~ kena bedilan senjata api. bertembak-tembakan berbalas-balas tembak; saling membedil. menembak melepaskan peluru dll dgn senjata api; membedil: Di samping berkawad, mereka diajar ~ juga. Polis telah ~ perompak itu. menembakkan melepaskan peluru senjata api dsb; menembak dgn: ~ roket ke kubu musuh. tembak-menembak kejadian bertembak-tembakan: Maka berlakulah ~ antara kedua-dua pihak. tertembak kena bedilan senjata api dsb; kena tembak: Dlm pertempuran itu, seorang pengganas telah ~ mati. tembakan 1 hasil drpd menembak: Mereka segera membalas ~ musuh. 2 bunyi letusan senjata api: ~ itu terdengar sampai ke sini. penembakan perbuatan atau hal menembak. penembak 1 orang yg menembak. 2 alat utk menembak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laras II | 1. bulat lurus atau bulat panjang: buluh yg ~; 2. bahagian senjata api spt pistol, senapang dan meriam, yg berbentuk spt paip (pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu ditembak: di belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; 3. penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga ~ senapang patah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata | alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika berkelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai memberi bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing dipercayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tembak I | (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam spt halilintar membelah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata api | senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senjata api | senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senapang | senjata api yg mempunyai laras dan menggunakan peluru (lebih besar drpd pistol tetapi lebih kecil drpd meriam). ~ angin senapang yg pelurunya dilepaskan dgn tekanan angin. ~ buluh (bambu) a. bedil yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak. b. ki orang yg nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak. ~ kampung (kulai, patah) senapang yg pelurunya diisikan dr pangkal laras. ~ kembar (pengantin) senapang yg berlaras dua. ~ mesin (jentera) senapang yg pelurunya dpt dilepaskan banyak-banyak dgn memetik picunya sekali saja; mesingan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pistol | senjata api yg kecil dan pelurunya dpt ditembakkan dgn sebelah tangan saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meriam | senjata api yg besar dan berat (lebih besar drpd senapang). ~ buluh a. meriam yg larasnya panjang dan bulat. b. meriam mainan yg dibuat drpd buluh (diletupkan dgn menggunakan karbida). ~ katak meriam yg kecil lagi pendek larasnya. ~ penangkis meriam utk menentang serangan kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bom | senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak, yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika atau waktu meletupnya. ~ nuklear bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan atau penggabungan nukleus unsur tertentu. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |