senjata konvensional | senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang konvensional | perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senjata kimia | senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senjata kimia | senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata | alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika berkelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai memberi bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing dipercayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang | perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senjata | 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata konvensional | senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang kimia | perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang kimia | perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |