sepahit semanis | bersama-sama menderita dan bersuka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepahit | ; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi mengandungi pengajaran itu mendatangkan kebaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mambul | sj tumbuhan (pokok kecil), sadu, Melia indica; ~ jantan = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat ubat), jemerah, lemak pahit, merambu, sekebah, Millettia sericea; sepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mambu II | , mambul sj tumbuhan (pokok kecil), sadu, Melia indica; ~ jantan = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat ubat), jemerah, lemak pahit, merambu, sekebah, Millettia sericea; sepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahit I | 1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah dimakan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi mengandungi pengajaran itu mendatangkan kebaikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang menyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadikan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |