Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata separas 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paras II1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi; separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~; memaras menjadikan rata, memotong su­paya rata: bahagian atas timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata; parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air; pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras.Kamus Dewan Edisi Keempat
paras II1 sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. 2 had yg menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat: Air sungai itu ~ lutut saja dalamnya. memaras membuat jadi rata; menjadikan rata; memotong dll supaya rata: ~ kayu. separas 1 sama paras atau sama tinggi dgn: Dia ~ bahu abangnya. 2 sama banyak dgn; sepadan: Hasilnya ~ usahanyaKamus Pelajar Edisi Kedua
separas1 sama paras atau sama tinggi dgn: Dia ~ bahu abangnya. 2 sama banyak dgn; sepadan: Hasilnya ~ usahanyaKamus Pelajar Edisi Kedua
separas1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bawah1. terletak separas dgn permukaan tanah (bkn bahagian bangunan, rumah, dsb): pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; 2. ruang kosong yg terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dsb): ~ rumah itu boleh dijadikan stor;~ angin tempat angin datang; negeri ~ angin Kepulauan Melayu; ~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kpd raja; ke ~ duli baginda kpd baginda; ~ sedar a) lubuk hati (perasaan yg dalam-dalam); b) tidak sedar sepenuhnya; ~ tanah a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (di) ~ tangan a) di bawah kuasa (pengaruh dll); b) tidak dgn secara rasmi atau umum (penjualan dll);di bawah 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;ke bawah 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah;mengebawahkan merendahkan, menurunkan;terkebawah bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~;membawah ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;membawahi ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa;membawahkan memimpin (bawahan dll), menguasai (daerah dll);terbawah 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; bawahan, sebawah, sebawahan 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;pembawah (Mat) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan).Kamus Dewan Edisi Keempat
jurai1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~ besi tuang yg tebalnya ”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang, rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai; berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang; juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu.Kamus Dewan Edisi Keempat
titi= titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~ udara jambatan udara; bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~; bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok kelapa; meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~ buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar; titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; ~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang); ~ air polongan asap prb orang pengantara yg menoKamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas