Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seperti;

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
biru Iwarna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut; biru langit biru seperti warna langit; biru laut biru seperti warna laut; biru lebam biru gelap; biru merak warna biru kehijauan yang terang; biru muda biru keputih-putihan; biru nila warna biru tua keunguan; biru tua biru gelap;Kamus Dewan Edisi Keempat
seperti1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seperti3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur ~ ayam, burung, ikan dll tidak berdaun telinga.Kamus Pelajar
seperti2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi.Kamus Pelajar
seperti1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk.Kamus Pelajar
sebagaimanaseperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
selaku1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pencerminan(mirroring)Proses membina imej grafik yang berbentuk sama seperti imej asal tetapi terbalik haluannya seperti imej cermin.Kamus Komputer
imej cermin(mirror image)Imej grafik yang mempunyai bentuk yang sama seperti imej asal tetapi terbalik haluannya, seperti imej yang terhasil pada cermin.Kamus Komputer
demikianbegitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas