begini | bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beginian | Jk seperti ini, demikian ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demikian | begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagaimana | kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seperti | 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antara muka(interface) | Bahagian yang menjadi sempadan di antara dua komponen, litar, peranti, atau sistem. Bahagian ini menyambungkan peranti yang tidak sepadan untuk membolehkan maklumat diserah atau diambil antara satu sama lain. Antara muka boleh berbentuk mekanik, seperti permukaan perkakasan bersebelahan, berbentuk elektrik, seperti titik penjelmaan aras isyarat, atau berbentuk hubungan, seperti hubungan antara manusia dan mesin. | Kamus Komputer |
macam | 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam berĀbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawas monokrom(monochrome monitor) | Unit paparan komputer yang hanya memaparkan satu warna aksara sahaja seperti hijau, putih, atau jingga dengan latar belakang hitam. Pengawas jenis ini sesuai untuk kegunaan bukan grafik, seperti pemproses kata, kerana paparannya terang dan jelas. | Kamus Komputer |
bentuk Backus-Naur(Backus-Naur form) | Sistem tatatanda untuk menulis rangka rasmi sintaksis bahasa pengaturcaraan, terutama sintaksis bahasa pengaturcaraan berstruktur seperti Pascal. Sistem ini diperkenalkan oleh John Backus untuk menerangkan mekanisme bahasa Algol 60 dan laporannya telah disunting oleh Peter Naur.Sinonim bentuk Backus normal.Singkatan BNF. | Kamus Komputer |
penaka | sl sebagai, seolah-olah, seperti: manusia yg tak punya percampuran di dunia ini adalah ~ katak di bawah tempurung; apa hal kita ini, kerana sekarang ~ Raja Rekanlah tuan kita, bukannya Raja Abu Shahid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |