pengendalian berjujukan(sequential operation) | Pengerjaan tugas mengikut giliran kerana pemproses hanya boleh memproses satu tugas pada satu ketika. | Kamus Komputer |
capaian berjujukan(sequential access) | Kaedah pencapaian data tersimpan yang hanya boleh dilakukan mengikut deretan penyimpanan atau kedudukannya dalam bahantara storan. | Kamus Komputer |
storan capaian berjujukan(sequential-access storage) | Kaedah penyimpanan data secara berderetan yang apabila data hendak dicapai kembali, giliran data tersebut terpaksa ditunggu sebelum data itu boleh diambil oleh sistem. | Kamus Komputer |
peranti capaian berjujukan(sequential access device) | Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara berderetan. Misalnya, pita, kaset, katrij, dan cakera magnet. | Kamus Komputer |
QISAM | Singkatan bagi queued indexed sequential access method, iaitu kaedah capaian berjujukan terindeks baris gilir. | Kamus Komputer |