Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.but] | سرامبوت

Definisi : sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serambut


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serambutsebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua;Kamus Dewan Edisi Keempat
serambut dibelah tujuhkecil sekali, sedikit sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
membelah1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah;Kamus Dewan Edisi Keempat
rambut I1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.Kamus Dewan Edisi Keempat
belah I1. retak, celah: di antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; 2. pecah dua (tiga dll): bagai pinang ~ dua; 3. bahagian, sisi, pihak: dia membeliakkan kedua-dua ~ matanya; ~ bagi cerai-berai, tidak bersatu; ~ batang sj jerat babi; ~ betung belah yg panjang di tengah-tengah; ~ buluh garis-garis lebar memanjang (pd kain); (baju) ~ dada baju yg terbuka di bahagian depan; ~ kangkung sj jahitan; ~ ketupat potongan wajik; retak menanti ~ prb retak perselisihan yg akan menjadi besar; sebelah 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); sebelah-menyebelah pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar; bersebelah, bersebelah-sebelahan bersampingan, berdekatan: ia tidur ~ bilik dgn kakaknya; menyebelah berpihak kpd: kalau ia tidak setuju dgn aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kpd lawanku; menyebelahi menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; menyebelahkan 1. memisahkan, mengesampingkan: tiap bulan ia ~ sebahagian drpd pendapatannya utk membayar hutang; kerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dgn orang-orang yg berwarna; 2. menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah: ia duduk ~ emaknya; berbelah; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya; membelah 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; terbelah terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang; belahan 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalikbalik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; pembelahan 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan; pembelah alat utk membelah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas