serang hendap | tindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yg tersembunyi: lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~; menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dsb) dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi: pasukan keselamatan telah mengatur rancangan utk ~ pihak musuh; serangan hendap serang hendap; penyerang hendap pihak (orang atau kum-pulan) yg melakukan serang hendap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serang hendap | , = serangan hendap serangan atau serbuan terhadap pihak lain atau musuh, yg dibuat dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu buat beberapa ketika. menyerang hendap menyerang pihak lain atau musuh dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu buat beberapa ketika: Pasukan pertahanan akan ~ pihak musuh. penyerang hendap orang atau pihak yg melakukan serang hendap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serangan hendap | serang hendap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerang hendap | orang atau pihak yg melakukan serang hendap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyerang hendap | pihak (orang atau kum-pulan) yg melakukan serang hendap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serang I; ~ balas | ~ hendap menyerang dgn bersembunyi-sembunyi. | Kamus Pelajar |
serang I; ~ balas | ~ hendap serbuan yg dibuat secara bersembunyi-sembunyi. | Kamus Pelajar |
serang I | ; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (mengalahkan, menakluk dll); melanggar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |