serbi | ; serba-~; ® serba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragam | I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku menjunjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya); seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll); menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; keseragaman perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna; penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; beragam, beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masyarakat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri; meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari; keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewah | (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesaan: kereta ~; makanan ~; hotel ~; barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak; bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~; memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik; kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makmur | banyak penduduk serta mewah serba-serbinya; serba cukup; tidak kurang apa-apa: Sekarang ini negara Jepunlah yg paling ~ di Asia. memakmurkan mengusahakan supaya makmur; menjadikan makmur: Kerajaan sedang berusaha utk ~ Malaysia. kemakmuran keadaan makmur: ~ sesebuah negeri bergantung pd kerajinan penduduk-penduduknya sendiri. pemakmuran perihal atau perbuatan memakmurkan: Sumbangan ini adalah utk ~ ummah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meleset I | /melését/ serba merosot (bkn perniagaan dll); jatuh; mundur. zaman ~ zaman serba kekurangan atau serba mundur (bkn kegiatan ekonomi). kemelesetan keadaan meleset: ~ ekonomi telah mendatangkan kesan buruk kpd pembangunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
royal | IB berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap, dll), serba banyak, serba mewah, boros: dilarang bakhil, dilarang pula ~, dan membuang-buang harta; beroyal-royal membuang-buang (menghabiskan, membelanjakan) wang dgn berlebih-lebihan utk bersuka-suka (berfoya-foya dll): kerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~; meroyalkan memboroskan wang dll; keroyalan perihal royal, keborosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba ragam | serba macam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewah | /méwah/ serba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan; menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan: Dia ~ dgn apa yg dimilikinya setelah lama bekerja keras. bermewah-mewah hidup dgn serba mewah; menjalani kehidupan secara mewah: Mereka ~ setelah mewarisi harta peninggalan datuknya yg kaya-raya. memewahkan menjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannya. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zaman meleset | zaman serba kekurangan atau serba mundur (bkn kegiatan ekonomi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segala | 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, sekalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn sekehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |