Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mewah(méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesa­an: kereta ~; makanan ~; hotel ~; barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak; bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~; memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik; kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
mewahserba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup.Kamus Pelajar
mewah/méwah/ serba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan; menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan: Dia ~ dgn apa yg dimilikinya setelah lama bekerja keras. bermewah-mewah hidup dgn serba mewah; menjalani kehidupan secara mewah: Mereka ~ setelah mewarisi harta peninggalan datuknya yg kaya-raya. memewahkan menjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannya. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
royalIB berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap, dll), serba banyak, serba mewah, boros: dilarang bakhil, di­larang pula ~, dan membuang-buang harta; beroyal-royal membuang-buang (meng­habiskan, membelanjakan) wang dgn ber­lebih-lebihan utk bersuka-suka (berfoya-foya dll): kerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~; meroyalkan memboroskan wang dll; keroyalan perihal royal, keborosan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sendat1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, me­nyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas