versatil | serba boleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
versatil | berkeupayaan atau dapat disesuaikan utk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi, dll), serba boleh: ini menjadikan seni Islam sesuatu yg padu serta mantap namun tetap kreatif dan ~ pd setiap masa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komputer serba guna | ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
MPV | kep multipurpose vehicle (kenderaan serba guna, iaitu sj kenderaan yg menyerupai van, yg tempat duduk penumpangnya boleh diubah-ubah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingatan utama(main memory) | Ingatan serba guna yang terkandung dalam papan litar utama yang digunakan untuk menyimpan atur cara sistem, atur cara pengguna, dan data sementara yang diperlukan dalam pemprosesan. Ingatan ini merupakan jenis ingatan semikonduktor yang pantas dan boleh dicapai terus oleh daftar sistem. | Kamus Komputer |
senang | 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantang | 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (bertentangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takut | = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap | 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keboleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perangkap | 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang: Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba salah; ~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang; memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak; 2. ki menipu, memperdaya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah; terperangkap 1. kena perangkap, terkurung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. terpedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |