sering II | 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sering I | 1 memintal tali dll hingga sering. | Kamus Pelajar |
silih | , = ~ ganti (berganti, sambut) sering berganti atau sering bertukar; berganti-ganti. bersilih 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegang | 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), bertentangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp berkehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm perdebatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, menarik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisihan): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sering I | 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. menyering 1 memintal tali dll hingga sering. 2 menegangkan sesuatu yg dianyam dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jarang I | 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sering I | 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sering I | 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. | Kamus Pelajar |
kerap | 1 = ~ kali selalu; sering; acap kali: Kami ~ pergi bermain-main di rumahnya. 2 rapat benar antara satu dgn yg lain; rapi (bkn anyaman dll). mengerapkan menjadikan kerap; menganyam dll rapat-rapat. kekerapan keadaan kerap; kerapnya berlaku sesuatu yg berulang-ulang: ~ memangkas pokok tidak ditentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wahana | 1 alat (spt kenderaan, kenaikan) utk membawa orang atau barang: Di taman hiburan itu, terdapat berbagai-bagai ~ spt kuda pusing dan kereta langgar yg disukai oleh kanak-kanak. 2 alat utk melahirkan atau menyampaikan fikiran, perasaan dsb: Lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda. Perkara yg sering dipersoalkan ialah mampukah bahasa Malaysia menjadi ~ ilmu pengetahuan tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |