sering II | 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantau II | ark; memantau 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ; pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan itu; pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan; pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar II | ; memaparkan 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memperlihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin komputer dsb; terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; paparan 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; pemapar alat (unsur dsb) yg memaparkan sesuatu: telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ungkap II | ; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baiknya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |