suban | serpih kayu, selumbar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serpih | 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serpih | 1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan menjadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serpai | 1. serpih; 2. (Hut) kepingan kecil kayu yg dihasilkan drpd kayu balak dll yg digunakan utk membuat papan serpai, pulpa, tepung kayu, dll; penyerpai mesin utk memotong balak, reja kayu, dll, menjadi serpai yg agak sekata saiznya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serpih | 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. | Kamus Pelajar |
sumbing | 1 serpih sedikit pd bahagian tepinya (bkn pinggan dll): Mata parangnya ~ kerana tertakik batu. 2 cabik yg dalam pd bibir sebelah atas sejak seseorang itu dilahirkan; terbelah: Bibirnya ~. menyumbingkan menyebabkan menjadi sumbing: Kayu yg keras ~ mata gergaji itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dulang I | 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll); bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela; berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~; berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan; pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan; pendulang 1. dulang utk melanda (melimbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |