suban | serpihan kayu yg tipis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selumbar | serpihan kayu atau duri yg tajam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suban | serpihan kayu yg tipis. | Kamus Pelajar |
selumbar | serpihan kayu atau duri yg tajam. | Kamus Pelajar |
selumbar | I serpihan kayu (duri nibung, buluh, dll) yg halus dan tajam: maka tubuhnya pun habis dipalut ~, tampak mata sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumba | Kd duri atau serpihan kayu yg tajam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bara api | serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bara I | serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serpih | 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |