Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seru1
Kata Terbitan : berseru, menyeru, menyerukan, seruan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seru I; berseru 1 memanggil atau melaung dgn suara yg nyaring; berteriak: Bagai ~ di padang pasir. 2 membuat ajakan atau anjuran: Beliau telah ~ kpd sekalian yg hadir supaya belajar rajin-rajin. menyeru 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. menyerukan 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. 2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata-senjata moden. seruan 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. penyeru orang yg menyeru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seru I; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau meng­ucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pe­gawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputus­annya akan diserukan kemudian; 3. meng­anjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sastera­wan, wartawan, dan ahli sains Melayu sa­ngat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, meng­gembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menye­rukan): Abu Talib telah memberi sepenuh­-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah.Kamus Dewan Edisi Keempat
seruan1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seruan1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyeru1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah.Kamus Dewan Edisi Keempat
seruan1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan.Kamus Pelajar
menyahut1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kursemangat1. kembalilah semangat (seruan utk menghilangkan rasa takut pd budak yg terperanjat dll); 2. sr kata utk melahirkan perasaan hairan (terkejut, sayang, dll): ~, banyaknya!; kalau dilonggokkan orang sekarung intan sekalipun, ~, takkan kakak samakan dgn sayang kakak ini!Kamus Dewan Edisi Keempat
syah1 raja; baginda: ~ alam raja segala alam. 2 nama buah catur yg terpenting; raja. 3 seruan dlm permainan catur yg menandakan raja dlm bahaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
monolog1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dlm sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2. adegan drama atau sandi­wara dgn seorang sahaja pelakonnya yg menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang lebar oleh seorang pe­nutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya; bermonolog melakukan monolog: apatah lagi apabila saya kena ~ hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~ semata-mata.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas