lahad | Ar ruang dlm lubang kubur (tempat meletakkan mayat); bak rasa di liang ~ = serasa di liang ~ prb berasa dlm keadaan yg sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liang lahad | Ar ruang dlm lubang kubur (tempat meletakkan mayat); bak rasa di liang ~ = serasa di liang ~ prb berasa dlm keadaan yg sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesempitan | 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesak | 2 berasa sangat sesak; menanggung susah: Kompeninya ~ dan hampir tewas berperang dgn Raja Haji. | Kamus Pelajar |
kesesakan | 1 keadaan sesak; kesempitan: ~ di jalan raya. 2 berasa sangat sesak; menanggung susah: Kompeninya ~ dan hampir tewas berperang dgn Raja Haji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senak | 1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semput | susah bernafas; sesak nafas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semput | susah bernafas, sesak nafas, lelah (teruk); kesemputan ki ketenatan: bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga pulih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semput | susah bernafas; sesak nafas. | Kamus Pelajar |
senak | 1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. 2 (bkn air dsb) tidak dpt mengalir kerana terlalu penuh; tergenang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |