Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sesak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit,
Berantonim dengan lapang

2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak,
Berantonim dengan kosong

3. Dalam konteks nafas
bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak,
Berantonim dengan lega

4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sesak dada (nafas)susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sebu2 ki sesak dada (spt orang akan menangis).Kamus Pelajar
sebu1 penuh berisi dgn sesuatu; terĀ­sumbat (bkn hidung); terkambus (bkn parit); sendat: Perutnya ~. Parit yg ~ diperdalam. 2 ki sesak dada (spt orang akan menangis).Kamus Pelajar Edisi Kedua
senak1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. 2 (bkn air dsb) tidak dpt mengalir kerana terlalu penuh; tergenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senak1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola.Kamus Pelajar
senak1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sebak1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebak3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada.Kamus Pelajar
kesebakankeadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebak1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas