Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sia] | سسيا

Definisi : tidak mendatangkan apa-apa hasil atau faedah, tidak ada gunanya, sia-sia: usahanya utk menjayakan projek itu ~ sahaja; mensesiakan mensia-siakan: janganlah kamu ~ peluang utk melanjutkan pelajaran ini; kesesiaan perihal (keadaan, sifat dsb) sesia: berilah aku kesempatan yg panjang utk me­nebus ~ hidupku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesia


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sesiatidak mendatangkan apa-apa hasil atau faedah, tidak ada gunanya, sia-sia: usahanya utk menjayakan projek itu ~ sahaja; mensesiakan mensia-siakan: janganlah kamu ~ peluang utk melanjutkan pelajaran ini; kesesiaan perihal (keadaan, sifat dsb) sesia: berilah aku kesempatan yg panjang utk me­nebus ~ hidupku.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesesiaanperihal (keadaan, sifat dsb) sesia: berilah aku kesempatan yg panjang utk me­nebus ~ hidupku.Kamus Dewan Edisi Keempat
sia-sia1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani mem­buat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sem­purna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkelahibertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan per­kara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb ber­kelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelahipertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan per­kara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb ber­kelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; memperkelahikan 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang; perkelahian pertengkaran, perbalahan, per­gaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas